Mata ini... Indah melihat mu... Rasa ini... Rasakan cinta mu... Jiwa ini...Getarkan jiwa mu... Jantung ini... detakkan jantung mu...Rasa ini... tulus pada mu... Takkan berhenti sampai nanti ku mati... Biarkan aku jatuh cinta...Persona ku pada pandangan saat kita jumpa...

Bintang Bersinar


Thursday, December 15, 2011

Mencintainya

Ya Allah, Engkau maha mengetahui segala yang ada di langit dan bumi...Aku bersyukur dgn segala rezeki yg Engkau berikan dan dekatilah diriku dengan Mu. Aku telah belajar sesuatu yang berguna dalam hidup ku... Aku mencintainya...

Friday, November 18, 2011

Sembang Exam SPA

Lama betul tidak mencoretkan sesuatu yang menfaat di blog ini... Ingin saya kongsikan bersama anda yang melayari blog ini mengenai Exam SPA yang saya duduki pada 17 November 2011 yang lalu... Ilmu ini saya kongsikan kepada semua agar ianya boleh mendatangakn manfaat dan sedikit sebanyak akan membantu anda membut persedian untuk menduduki peperiksaan SPA.

Exam yang saya duduki ni adalah untuk post Pegawai Anti Dadah Gred S41... Kertas soalan terbahagi kepada 4 bahagian. Bahagian A, B, C dan D.
Bahagian A : Soalan mengenai pengetahuan am
Bahagian B : Soalan matematik dan penyelesaian masalah (kalkulator dilarang sama sekali...)
Bahagian C : Esei BM
Bahagian D : Esei BI

Bahagian A
Soalan pasal pengetahuan am.. perghhh...boleh tahan laaa..untuk tahun ni antara soalan yang masih saya ingat ialah ditanya pasal bajet 2012 yang dibentangkan oleh PM, Siapa menang Piala Malaysia, pasal komputer, pasal pencarian internet, apa yang dinyatakan oleh PM dlm perutusan beliau sempena bajet 2012, perbezaan kerajaan negeri dgn persekutuan, apa hak kerajaan negeri, jabatan apa dlm kerajaan yang mengendalikan mana-mana projek, tuan rumah sukan pada tahun tertentu, siapa yang bertanggungjawab kepada PM. Oleh kerana jawatan ini adalah pegawai anti dadah, mestilah ada kaitan dgn AADK. Jadi soalan mengenai AADK dan jenis2 dadah juga ditanya. Segala soalan pasal dadah ditanya. Heroin, kanabis, morfin, ganja, syabu.. dan lain... Ermm.. lagi ape ye... oh ya, hukuman pada mereka yang didapati membawa dadah juga turut ditanya..
Setakat tu je yang sy ingat.

Bahagian B
Soalan math. Jangan risau..soalan die senang jer..bukan soalan add math.. standard SPM math mod. Walaupun senang sy tak dapat jawab semua soalan gak sbb penggunaan kalkulator adalah dilarang sama sekali..Dah la banya soalan bahagi dan peratus.. mmg sy lemas sket klu nak bahagi dgn kire manual ni.. byk buang masa kat soalan bahagi..

Bahagian C & D
Bahagian ni menguji kita untuk buat karangan BM dan BI. Buat karangan mcm standard soalan karangan SPM

Itulah serba sedikit info yang ingin sy kongsikan. Moga ilmu ini berguna untuk semua dan diri sy. Doakan sy lulus dlm exam tu ye...mungkin doa anda adalah rezeki sy dan ingatlah, sebahagian rezeki yang Tuhan anugerahkan kepada kita, bukanlah milik kita...tp ia milik bersama...jadi, ringankan tangan anda untuk bersedekah walaupun dgn hanya RM1.00. Semoga rezeki yang diperolehi dinikmati dan dikongsi bersama
Aminnnn....

Thursday, October 27, 2011

Anda lepasan SPM atau STPM? Anda berminat untuk sambung belajar? Tetapi masih belum mendapat mana-mana tawaran?..

Jangan sia-siakan minat anda...daftarlah segera di Assyifa' Institute & Allied Health Science, sebuah kolej kesihatan pertama di bandar warisan Taiping...

Menawarkan kursus Diploma Kesihatan Persekitaran.. Kursus ini akan melayakkan anda untuk menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) atau Inspektor Kesihatan (IK)...pendaftaran akan dibuka pada 12/12/2011... jangan lepaskan peluang ini.. Anda juga boleh berhubung dgn saya untuk pendaftaran awal...

Untuk keterangan lanjut, boleh email saya di maslindamohatar@yahoo.com.my atau pm sy di facebook (Mas Linda atau maslindamohatar@yahoo.com.my) atau boleh call 05-808 9277 (Maslinda)

Syarat kemasukan :
  • Lulus BM di peringkat SPM
  • Minimum 3 kredit di peringkat SPM termasuk mata pelajaran sains (sains wajib kredit yer..)

KEJAYAAN ANDA BERMULA DI SINI....Daftarlah sekarang di ASSYIFA' INSTITUTE & ALLIED HEALTH SCIENCES

Berminat ? Sila pm sy di facebook

Friday, October 21, 2011

Belajar lah... Cikgu pun kene belajar kan...

Belajarlah MEMAAFKAN kalau ingin dimaafkan. .
Belajarlah MENGHORMATI kalau ingin dihormati. .
Belajarlah MEMAHAMI kalau ingin difahami. .
Belajarlah MENYAYANGI kalau ingin disayangi. .
Belajarlah MENGHARGAI kalau ingin dihargai. .
Belajarlah MENYENANGI kalau ingin disenangi. .

Friday, October 7, 2011

What happened ???

What happened to them ???
Just tell me, how can I help them...
I will as I can...

Wednesday, October 5, 2011

Cuci Mata... Tenangkan Minda... Jom Layan..

Kepada pengunjung blog ini.. kali ini jom kite cuci mata, rehat kan minda..Layan gambar-gambar ilusi optik ini..
Mata dan otak saling bekerjasama dalam mentafsirkan sesuatu yang kita lihat..

Nampak tak gambar seorang gadis yang sedang melihat ke kiri... klu tak nampak, cuba copy image ini dan kecilkan ia sehingga anda boleh nampak gambar seorang gadis...




















Ini juga adalah gambar seorang wanita..




















Satu permainan yang agak menarik.. cuba anda semua lihat dan fokus pada satu per satu titik hitam di tengah-tengan setiap bulatan itu.. apa yang akan anda perhatikan ??? Menakjubkan, bulatan2 itu bergerak....










Dapatkah anda melihat seorang wanita pada lukisan di sebelah ??





















Apa yang anda nampak pada gambar di sebelah kanan ni?
Tengkorak ke atau seorang wanita yang sedang bersolek ?






















Untuk gambar ni memang saya gagal.... selain gambar seorang lelaki, gambar apa lagi yang terdapat pada lukisan ni ???
Ade sesiapa tahu ???

Cuma kalau tak silap saya, selain gambar seorang lelaki, lukisan ni juga dapat menggambarkan seperti di satu kawasan atau jalan yang berpasir...terdapat sebuah kereta dan pokok-pokok...


ada pendapat yang lain ???










Permainan ni memang best.. ok, cuba anda fokuskan pada titik hitam di tengah tu... lepas tu, cuba gerakkan kepala anda ke belakang dan ke hadapan... apa yang anda nampak ???