Lama betul tidak mencoretkan sesuatu yang menfaat di blog ini... Ingin saya kongsikan bersama anda yang melayari blog ini mengenai Exam SPA yang saya duduki pada 17 November 2011 yang lalu... Ilmu ini saya kongsikan kepada semua agar ianya boleh mendatangakn manfaat dan sedikit sebanyak akan membantu anda membut persedian untuk menduduki peperiksaan SPA.
Exam yang saya duduki ni adalah untuk post Pegawai Anti Dadah Gred S41... Kertas soalan terbahagi kepada 4 bahagian. Bahagian A, B, C dan D.
Bahagian A : Soalan mengenai pengetahuan am
Bahagian B : Soalan matematik dan penyelesaian masalah (kalkulator dilarang sama sekali...)
Bahagian C : Esei BM
Bahagian D : Esei BI
Bahagian A
Soalan pasal pengetahuan am.. perghhh...boleh tahan laaa..untuk tahun ni antara soalan yang masih saya ingat ialah ditanya pasal bajet 2012 yang dibentangkan oleh PM, Siapa menang Piala Malaysia, pasal komputer, pasal pencarian internet, apa yang dinyatakan oleh PM dlm perutusan beliau sempena bajet 2012, perbezaan kerajaan negeri dgn persekutuan, apa hak kerajaan negeri, jabatan apa dlm kerajaan yang mengendalikan mana-mana projek, tuan rumah sukan pada tahun tertentu, siapa yang bertanggungjawab kepada PM. Oleh kerana jawatan ini adalah pegawai anti dadah, mestilah ada kaitan dgn AADK. Jadi soalan mengenai AADK dan jenis2 dadah juga ditanya. Segala soalan pasal dadah ditanya. Heroin, kanabis, morfin, ganja, syabu.. dan lain... Ermm.. lagi ape ye... oh ya, hukuman pada mereka yang didapati membawa dadah juga turut ditanya..
Setakat tu je yang sy ingat.
Bahagian B
Soalan math. Jangan risau..soalan die senang jer..bukan soalan add math.. standard SPM math mod. Walaupun senang sy tak dapat jawab semua soalan gak sbb penggunaan kalkulator adalah dilarang sama sekali..Dah la banya soalan bahagi dan peratus.. mmg sy lemas sket klu nak bahagi dgn kire manual ni.. byk buang masa kat soalan bahagi..
Bahagian C & D
Bahagian ni menguji kita untuk buat karangan BM dan BI. Buat karangan mcm standard soalan karangan SPM
Itulah serba sedikit info yang ingin sy kongsikan. Moga ilmu ini berguna untuk semua dan diri sy. Doakan sy lulus dlm exam tu ye...mungkin doa anda adalah rezeki sy dan ingatlah, sebahagian rezeki yang Tuhan anugerahkan kepada kita, bukanlah milik kita...tp ia milik bersama...jadi, ringankan tangan anda untuk bersedekah walaupun dgn hanya RM1.00. Semoga rezeki yang diperolehi dinikmati dan dikongsi bersama
Aminnnn....
Mata ini... Indah melihat mu... Rasa ini... Rasakan cinta mu... Jiwa ini...Getarkan jiwa mu... Jantung ini... detakkan jantung mu...Rasa ini... tulus pada mu... Takkan berhenti sampai nanti ku mati... Biarkan aku jatuh cinta...Persona ku pada pandangan saat kita jumpa...
Bintang Bersinar
Friday, November 18, 2011
Wednesday, November 9, 2011
Tuesday, November 1, 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)








