3. Bulan Ramadhan.
4. Malam Jumaat, hari jumaat, waktu jemaah berdiri utk menunaikan solat. Jumaat penghulu segala hari.
Sabda Rasulullah, ” bahawasanya pada malam jumaat, ada suatu ketika yg mustajab doanya.” (Riwayat Tarmizi.)
5. Waktu tengah malam. Sabda Rasulullah, spt riwayat Abi Umamah, dia bertanya Rasulullah,
” Ya Rasulullah, waktu bila doa diterima oleh Allah? jawab baginda, pada tengah malam dan akhir solat fardhu,”
6. Pada waktu 1/3 awal malam, sekitar jam 12 sehingga 2 atau 3 pagi.
7. Waktu sahur (1/3 akhir malam) . Ada dinyatakan bahawa ketika ini amat mustajab kerana Allah menurunkan malaikat rahmat setiap malam ke langit dunia ketika ini. Ketika ini jika berdoa, akan mudah makbul.
8. Berdoa ketika seruan azan.
9. Ketika suatu masyarakat sedang berdepan bala dan ada sebahagian yg lain mendoakan mereka agar terlepas daripada bala. Hal ini ada kena mengena dgn ukhuwah islamiah.
10. Antara waktu azan dan iqamat. Rasululah menyatakan , doa tdk akan ditolak ketika ini. Sahabat bertanya, apa yg harus didoakan. Lalu baginda ajar mereka supaya meminta kesejahteraan dan bahagia dunia akhirat.
11. Ketika berdepan dgn peperangan.
12. Akhir embahyang fardu ketika waktu. Selepas salam, digalakkan baca ayat kursi & mohon doa. Ayat kursi itu sendiri sudah menggambarkan keesaan Allah. Sabda Rasulullah, ” Pada waktu sujud, adalah waktu sedekat-dekat hamba dgn Allah. “
13. Ketika hujan turun dgn lebat. Hujan suatu hikmah pd manusia. Manusia tdk akan hidup tanpa air dan makanan. Maka waktu ini mmg makbul doanya.
WAKTU AFDAL BERDOA
Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
"Tempat yang paling dekatnya seorang hamba kepada Allah s.w.t adalah di saat dia sujud, maka perbanyaklah doa."
2. Antara Azan Dan Iqamah
Antara waktu terbaik untuk berdoa adalah di anatar azan dan iqamah. Sebaik-baiknya dalam keadaan berwuduk, kita amat disuruh untuk berdoa.
3. Pada Hari Jumaat
Jumaat merupakan penghulu segala hari. Malah dalam hadis Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu di mana seorang hamba muslim yang tengah bersolat, lalu memohon kepada Allah Taala sesuatu kecuali Allah akan memberikan permintaannya. Dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya,bahawa waktu tersebut sangat tepat."
4. Doa Orang Berpuasa Ketika Berbuka Puasa
Sesungguhnya doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak. Terutamanya ketika bulan Ramadhan. Fadilatnya berlipat ganda. Ini kerana selain beribadat kepadaNya, janganlah kita lupa memanjatkan doa sepanjang bulan tersebut. Namun jika kita berpuasa sunat sekali pun, kita masih boleh memanjatkan doa. Insya-Allah doa kita pasti diberkati.
5. Doa Orang Teraniaya, Musafir Dan Ibu Bapa Terhadap Anaknya
Allah sentiasa mendengar doa-doa orang yang teraniaya. Walaupun mereka diuji dengan kesulitan yang menimpa, tetapi jika mereka mengingati Allah dan berdoa supaya takdirnya berubah, Insya-Allah doanya dimakbulkan. Begitu juga dengan musafir dan doa dari ibu bapa terhadap anak-anaknya. Doa mereka pasti akan dimakbulkan.
6. Doa Ketika Peperangan
Di saat para pejuang sedang mempertahankan keamanan, waktu inilah yang sesuai untuk mereka memohon hajat dan berdoa kerana nescaya doa mereka diterima.
7. Di Saat Kesempitan
Allah Maha Pendengar, jadi apabila kita ditimpa kecemasan dan dilanda kemiskinan, berdoalah semoga hidup boleh berubah kepada yang lebih baik.
8. Di Saat Hujan Turun
Hujan itu rahmat. Mungkin disebabkan itu kita diharuskan berdoa ketika itu.