Aku terpanggil untuk menulis mengenai ini pada malam ini.
Aku terjaga dari tidur, msg darinya membangunkan aku dari lena. Menyiapkan hal berkaitan dgn kerja dan termenung sejenak aku pada malam yang sunyi itu. Sudah lama tidak melakukan solat malam. Patutlah jiwa kadang2 tak tenteram. Aku melayari internet seketika, melihat perkembangan rakan2 di fb. Bahagianya aku melihat seorang rakan kenalan aku di USM, telah mendirikan rumah tangga. Aku admire pada dia. Seorang wanita muslimah yang sgt aku kagumi. Peribadi yang mulia, perwatakan yang lemah lembut, gadis yang sopan santun, keterampilan yang sopan dan memiliki rupa paras yang cukup cantik. aku ingin manjadi sepertinya. Alhamdulilah, dia mendapatkan jodoh yang aku kirakan baik. Aku tak pernah mengenali lelaki itu, yang pastu lelaki itu bukanlah kenalan semasa belajar dia. Tapi, dari wajah lelaki itu, aku tahu dia dari golongan yang baik2, golongan yang berada dan seorang yang berpegang pada didikan agama. Dan aku kira, jauh beza jarak umur mereka. Beruntug si gadis mendapat lelaki itu dan bertuah juga lelaki itu mendapat si gadis yang cukup segala sifat baiknya.
Mengimbau kembali zaman di U dulu, wanita ini walaupun berperwatakan muslimah, namun tetap aktif dalam berpersatuan di U. Memang selalu digosipkan dengan anak pegawai di USM ni. Tp, setelah tamat pengajian, alih2 jodohnya dgn org lain. Betullah apa yg aku fikirkan, untuk menjadikan seseorang itu kawan amat mudah, tapi jika untuk dijadikan suami, hendaklah memikirkan segala kebaikan dan keburukannya.
Lelaki yang untuk dijadikan suami biarlah dia dapat memimpin aku ke jalan yang diredhai. Setelah selesai solat, aku memanjatkan doa pada Illahi, agar diberikan jodoh dari golongan organg yang baik2, dapat memimpin aku ke jalan yang benar dan mencintai aku hingga akhir hayat. Aku tidak pernah memilih. Jika telah ditakdirkan jodoh aku, aku terima sahaja walau dengan sapa sekali pun. Aku berpegang pada kata-kata lelaki baik hanyalah untuk wanita yang baik. Jika aku mendapat jodoh dgn lelaki yang tidak baik, maka aku perlu memperbaiki diri aku sendiri. Tp, jika jodoh aku dgn lelaki yang baik, maka Alhamdulilah.
Terkenang kembali aku kepada bekas kekasih ku, Abdul Hakim. Kini, aku menerima takdir perpisahan itu. Dia pun telah mendirikan rumahtangga dgn seorag wanita yg aku sendiri tidak kenal. Aku bersyukur pada Tuhan, kerana aku yakin, perpisahan ini adalah yang terbaik untuk aku. Jodoh aku bukan dgn nya. Mungkin Tuhan telah tetapkan jodoh ku dgn insan yang lebih baik darinya. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana jika aku bergelar isterinya. Sedangkan sebelum dia mendapatkan aku pun sanggup berlaku tidak jujur pada ku, apatah lagi jika aku telah menjadi miliknya. Sudah tentu aku sendiri yang derita.
Kini, aku tidak perlu risaukan apa. aku hanya perlu menjaga diri agar tidak terjebak dengan perkara2 yang tidak baik. Lelaki yang baik, hanyalah untuk wanita yang baik. Semoga Tuhan sentiasa melindungi diri aku. Amin.....
No comments:
Post a Comment