Warna-warna kehidupan yang cukup menarik dan indah. Mata kita mampu membezakan puluhan ribu warna yang ada di alam ini. Tp, itu adalah warna yang dapat kita lihat secara zahirnya. Namun, secara sedar atau pun tidak, warna-warna kehidupan sebenarnya telah banyak mematangkan setiap manusia, termasuk aku yang hanya sebagai manusia biasa.
Banyak kelemahan yang kita tidak boleh lari sebagai manusia biasa... Tp, warna warna kehidupan yang aku lalui kadang kala mengembirakan aku, kadang kala membuat aku termenung, kadang kala membuat aku menangis, kadang kala membuat aku bangga... Corak dan warna kehidupan aku telah ditakdirkan Tuhan, telah tertulis bagaimana kisah hayatnya.. aku terima seadaanya apa yang telah ditetapkan. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini. Walaupun, kadang kala aku jua tidak pernah lari dengan perasaan cemburu pada kejayaan rakan-rakan yang lain, namun kita sebagai hambaNya harus kembali kepada qada' dan qadarNya.
Warna kehidupan ku telah ditentukan sedemikian. Aku harus terima walaupun kadang kala terasa penderitaannya. Namun, aku berpegang pada kata-kata... Dia pernah berikan aku mentari satu ketika dahulu, aku bahagia, Tapi tiba-tiba dia datangkan aku hujan lebat bersama ribut dan panahan petir. Aku menangis ketakutan kerana aku sendirian...Tetapi selepas itu, aku mula tersenyum apabila melihat mentari itu muncul lagi dengan membawa bersama warna warna pelangi yang indah.. Dan kini baru aku sedar, Dia datangkan semua ujian itu, semua kerungsingan hidup itu hanyalah untuk menguji hambanya. kita perlu tabah dan akur. Jika menangis itu dapat meredakan segala kekusutan dalam diri, maka menangislah dengan sepenuh jiwa... Bagi diri ku sendiri, menangis itu amat menenagkan aku...Kerap kali aku mengalirkan air mata sebelum tidurku kerana bagi aku hanya itu sahajalah caranya untuk aku melepaskan apa yang sering merungsigkan jiwaku. Dan selepas itu, sudah pastinya aku mendapat lena yang panjang.
Aku tak pernah menyesal dengan apa yang aku hadapi hari ini kerana bagi ku, segalanya ada hikmah. Mungkin jalan yang aku lalui berbeza dengan jalan yang org lain lalui. Jadi, bersabarlah melalui setia jalan yang telah ditentukan Dia untuk kita.

No comments:
Post a Comment