Ya Allah, Engkau maha mengetahui segala yang ada di langit dan bumi...Aku bersyukur dgn segala rezeki yg Engkau berikan dan dekatilah diriku dengan Mu. Aku telah belajar sesuatu yang berguna dalam hidup ku... Aku mencintainya...
Mata ini... Indah melihat mu... Rasa ini... Rasakan cinta mu... Jiwa ini...Getarkan jiwa mu... Jantung ini... detakkan jantung mu...Rasa ini... tulus pada mu... Takkan berhenti sampai nanti ku mati... Biarkan aku jatuh cinta...Persona ku pada pandangan saat kita jumpa...
Bintang Bersinar
Thursday, December 15, 2011
Friday, November 18, 2011
Sembang Exam SPA
Lama betul tidak mencoretkan sesuatu yang menfaat di blog ini... Ingin saya kongsikan bersama anda yang melayari blog ini mengenai Exam SPA yang saya duduki pada 17 November 2011 yang lalu... Ilmu ini saya kongsikan kepada semua agar ianya boleh mendatangakn manfaat dan sedikit sebanyak akan membantu anda membut persedian untuk menduduki peperiksaan SPA.
Exam yang saya duduki ni adalah untuk post Pegawai Anti Dadah Gred S41... Kertas soalan terbahagi kepada 4 bahagian. Bahagian A, B, C dan D.
Bahagian A : Soalan mengenai pengetahuan am
Bahagian B : Soalan matematik dan penyelesaian masalah (kalkulator dilarang sama sekali...)
Bahagian C : Esei BM
Bahagian D : Esei BI
Bahagian A
Soalan pasal pengetahuan am.. perghhh...boleh tahan laaa..untuk tahun ni antara soalan yang masih saya ingat ialah ditanya pasal bajet 2012 yang dibentangkan oleh PM, Siapa menang Piala Malaysia, pasal komputer, pasal pencarian internet, apa yang dinyatakan oleh PM dlm perutusan beliau sempena bajet 2012, perbezaan kerajaan negeri dgn persekutuan, apa hak kerajaan negeri, jabatan apa dlm kerajaan yang mengendalikan mana-mana projek, tuan rumah sukan pada tahun tertentu, siapa yang bertanggungjawab kepada PM. Oleh kerana jawatan ini adalah pegawai anti dadah, mestilah ada kaitan dgn AADK. Jadi soalan mengenai AADK dan jenis2 dadah juga ditanya. Segala soalan pasal dadah ditanya. Heroin, kanabis, morfin, ganja, syabu.. dan lain... Ermm.. lagi ape ye... oh ya, hukuman pada mereka yang didapati membawa dadah juga turut ditanya..
Setakat tu je yang sy ingat.
Bahagian B
Soalan math. Jangan risau..soalan die senang jer..bukan soalan add math.. standard SPM math mod. Walaupun senang sy tak dapat jawab semua soalan gak sbb penggunaan kalkulator adalah dilarang sama sekali..Dah la banya soalan bahagi dan peratus.. mmg sy lemas sket klu nak bahagi dgn kire manual ni.. byk buang masa kat soalan bahagi..
Bahagian C & D
Bahagian ni menguji kita untuk buat karangan BM dan BI. Buat karangan mcm standard soalan karangan SPM
Itulah serba sedikit info yang ingin sy kongsikan. Moga ilmu ini berguna untuk semua dan diri sy. Doakan sy lulus dlm exam tu ye...mungkin doa anda adalah rezeki sy dan ingatlah, sebahagian rezeki yang Tuhan anugerahkan kepada kita, bukanlah milik kita...tp ia milik bersama...jadi, ringankan tangan anda untuk bersedekah walaupun dgn hanya RM1.00. Semoga rezeki yang diperolehi dinikmati dan dikongsi bersama
Aminnnn....

Wednesday, November 9, 2011
Tuesday, November 1, 2011
Thursday, October 27, 2011
Anda lepasan SPM atau STPM? Anda berminat untuk sambung belajar? Tetapi masih belum mendapat mana-mana tawaran?..
Jangan sia-siakan minat anda...daftarlah segera di Assyifa' Institute & Allied Health Science, sebuah kolej kesihatan pertama di bandar warisan Taiping...
Menawarkan kursus Diploma Kesihatan Persekitaran.. Kursus ini akan melayakkan anda untuk menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) atau Inspektor Kesihatan (IK)...pendaftaran akan dibuka pada 12/12/2011... jangan lepaskan peluang ini.. Anda juga boleh berhubung dgn saya untuk pendaftaran awal...
Untuk keterangan lanjut, boleh email saya di maslindamohatar@yahoo.com.my atau pm sy di facebook (Mas Linda atau maslindamohatar@yahoo.com.my) atau boleh call 05-808 9277 (Maslinda)
Syarat kemasukan :
KEJAYAAN ANDA BERMULA DI SINI....Daftarlah sekarang di ASSYIFA' INSTITUTE & ALLIED HEALTH SCIENCES

- Lulus BM di peringkat SPM
- Minimum 3 kredit di peringkat SPM termasuk mata pelajaran sains (sains wajib kredit yer..)
KEJAYAAN ANDA BERMULA DI SINI....Daftarlah sekarang di ASSYIFA' INSTITUTE & ALLIED HEALTH SCIENCES
Friday, October 21, 2011
Belajar lah... Cikgu pun kene belajar kan...
Belajarlah MEMAAFKAN kalau ingin dimaafkan. .
Belajarlah MENGHORMATI kalau ingin dihormati. .
Belajarlah MEMAHAMI kalau ingin difahami. .
Belajarlah MENYAYANGI kalau ingin disayangi. .
Belajarlah MENGHARGAI kalau ingin dihargai. .
Belajarlah MENYENANGI kalau ingin disenangi. .
Friday, October 7, 2011
Wednesday, October 5, 2011
Cuci Mata... Tenangkan Minda... Jom Layan..
Kepada pengunjung blog ini.. kali ini jom kite cuci mata, rehat kan minda..Layan gambar-gambar ilusi optik ini..
Mata dan otak saling bekerjasama dalam mentafsirkan sesuatu yang kita lihat..
Nampak tak gambar seorang gadis yang sedang melihat ke kiri... klu tak nampak, cuba copy image ini dan kecilkan ia sehingga anda boleh nampak gambar seorang gadis...
Ini juga adalah gambar seorang wanita..
Satu permainan yang agak menarik.. cuba anda semua lihat dan fokus pada satu per satu titik hitam di tengah-tengan setiap bulatan itu.. apa yang akan anda perhatikan ??? Menakjubkan, bulatan2 itu bergerak....
Dapatkah anda melihat seorang wanita pada lukisan di sebelah ??
Apa yang anda nampak pada gambar di sebelah kanan ni?
Tengkorak ke atau seorang wanita yang sedang bersolek ?
Untuk gambar ni memang saya gagal.... selain gambar seorang lelaki, gambar apa lagi yang terdapat pada lukisan ni ???
Ade sesiapa tahu ???
Cuma kalau tak silap saya, selain gambar seorang lelaki, lukisan ni juga dapat menggambarkan seperti di satu kawasan atau jalan yang berpasir...terdapat sebuah kereta dan pokok-pokok...
ada pendapat yang lain ???
Permainan ni memang best.. ok, cuba anda fokuskan pada titik hitam di tengah tu... lepas tu, cuba gerakkan kepala anda ke belakang dan ke hadapan... apa yang anda nampak ???

Wednesday, September 28, 2011
All About Cherry Blossom...
Bunga yg paling aku gemari... sakura.. atau cherry blossom..
Use a cherry blossom wedding theme.. that is a very nice idea...
Or used a very nice laptopskin...
All about my cherry blossom...
Give me back My Sakura..
Use a cherry blossom wedding theme.. that is a very nice idea...
Or used a very nice laptopskin...
All about my cherry blossom...
Give me back My Sakura..
Monday, September 26, 2011
Mengingatkan kepada Pulau Pangkor
Lagu ini betul-betul mengingatkan aku pada kenangan di Pulau Pangkor...

Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu
**
Dan biarkan aku padamu
Menyimpan sejuta harapan
Aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti
Sampai nanti ku mati
Reff:
Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan
Saat kita jumpa
Biarkan aku 'kan mencoba
Tak perduli kau berkata
'Tuk mau atau tidak
Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu
**
Dan biarkan aku padamu
Menyimpan sejuta harapan
Aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti
Sampai nanti ku mati
Reff:
Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan
Saat kita jumpa
Biarkan aku 'kan mencoba
Tak perduli kau berkata
'Tuk mau atau tidak
Saturday, September 24, 2011
Surat...
Aku terjumpa satu surat di dalam laptop aku sendiri... Hanya menaraik nafas yang panjang.... rupa-rupanya, telah sekian lama surat itu berada dalam laptop aku sendiri... hanya aku je yang tak sedar. Kalau lah aku dah baca surat tu dari dulu lagi...mesti.... ehhmmmm... x pelah... benda dah lepas, dan takdirnya, baru hari ini aku menjumpai surat itu dan membacanya... walaupun seperti sudah tiada gunanya lagi... tetapi, sekurang kurangnya aku tahu mengenainya...
(walaupun mmg dah tak de gunanya pun lagi.. menambahkan sakit hati jer...)
(walaupun mmg dah tak de gunanya pun lagi.. menambahkan sakit hati jer...)
Tuesday, September 20, 2011
Will update next time
Agaknyer, apa yang menarik untuk dikongsikan pada kali ni... Aku kekeringan idea..
Lama juga tidak menjenguk ke blog ini.. mungkin kekangan masa menghalang untuk aku terus menulis di blog ini.. Walaubagaimanapun, aku akan kongsikan apa2 ajer yang menarik untuk bacaan mereka yang sudi melewati ke blog ini..
Jumpa lagi yer...

Wednesday, September 14, 2011
Konsep fizik dalam hidupku...
Tabah dan sabar... dua komponen penting untuk meneruskan perjalanan kehidupan. Gembira, adalah perasaan yang dicipta oleh diri sendiri untuk memberi kepuasan pada hati. Begitu juga dengan sedih. Sebelum kita mengharapkan sesuatu yang terbaik dari orang lain, pandanglah pada diri sendiri, adakah kita telah memberikan yang terbaik untuk orang lain juga...fikir-fikirkan lah... janganlah mengharap untuk menggapai bintang di langit andai aku sedar akan kemampuan diri ini...
Secara fiziknya,
Dua kuantiti vektor yang utama dalam hidup adalah tabah dan sabar. Kedua-dua kuantiti ini boleh mewakili komponen-x dan komponen-y jika diplotkan grafnya. Komponen paduan yang terhasil akan menghasilkan daya paduan yang besar.
Gembira adalah perasaan yang dibina daripada tenaga mekanikal yang terdapat di dalam diri kita. Tenaga mekanikal adalah gabungan antara tenaga keupayaan dan tenaga kinetik. Apabila diri dilanda kesedihan, aku perlu menambahkah tenaga keupayaan untuk melawan kesedihan itu. Mengikut Hukum Keabadian Tenaga, tenaga tidak akan dimusnahkan, tetapi ianya akan ditukarkan kepada bentuk tenaga yang lain. Oleh itu, tenaga keupayaan akan ditukarkan kepada tenaga kinetik untuk memastikan diri aku bergerak atau berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain dengan sesaran dan pecutan yang betul untuk aku mencari kegembiraan itu.
Inersia akan menyebabkan manusia terus berada ditakuk yang lama. Jadi, satu daya luar perlu dikenakan keatas diri aku untuk menghindari diri ini dari dibelenggu oleh inersia yang berpanjangan. Dan kini, momentum yang terhasil dari halaju tenaga kinetik itu telah menjadikan aku seorang yang ceria semula.
(Cikgu Fizik, tolong semak... betul tak???...)

Sunday, August 7, 2011
" Aku ditunangkan dengan... "
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
..........................
.............
"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."
Sumber : http://najwahamali.blogspot.com/2010/03/bertunang-dengan.html
Monday, August 1, 2011
Di awal Ramadhan...
Selsema, demam dan batuk... 3 serangkai yang betul-betul sinonim dengan aku. Dugaan di awal Ramadhan pada tahun ini buat aku. Ramadhan kali ini menjenguk kembali, dan aku tak kan melepaskan peluang ini untuk memohon pada Nya untuk segala kebaikan sama ada di dunia atau pun di akhirat...
Namun, dugaan di awal Ramadhan buat aku...uhhuukk..uuhhuukk..uuhhuk..
Adoiii.. letihnya menjalani rutin harian dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan...selsema terlalu mudah hinggap pada aku, bila dan selsema aotomatik aku akan batuk dan lantas dengan itu, badan menjadi lemah tidak bermaya.. Cuaca di luar yang panas dan di dalam ofis yang sejuk dengan aircond membuatkan badan aku tidak mampu menampung nya lalu aku pun akan demam... huhuhu...Ditambah lagi dengan dugaan sakit perut yang teramat.. memang membuatkan aku layu...

Huhuhuu... tak sukanya dengan keadaan ini.. Lalu ustaz telah menyejukan hati aku..katanya "Jika Ramadhan itu banyak memberi dugaan kepada kita dalam kita menempuhinya sehari-harian, maka besarlah pahala Ramadhan yang akan kita perolehi...Namun, jika kita menjalani Ramadhan dengan tanpa sebarang halangan dan dugaan, maka kuranglah uajian Allah kepada kita "
Kata-tata itu terus masuk ke dalam telinga dan melekat di minda aku...Aku memandu dengan penuh rasa tidak selesa untuk pulang ke rumah selepas habis waktu kerja.. di mata hanya terbayang katil dan tilam.. tak sabar-sabar untuk aku merebahkan diri..
Tiba di rumah, aku langsung terlelap sehingga tidak sedarkan diri... Jam 7.10 mlm barulah aku terjaga, dikejutkan oleh dia... Lemah sungguh badan dan segala sendi.. Terasa panas seluruh badan.
Lepas aje berbuka, aku start kereta.. terus dapatkan bantuan di 7E.. hehehe.. Kool Fever.. So, melekatlah kool fever kat dahi aku mlm tu.. sambil aku layan cerita korea sorang-sorang dalam bilik..Nasib baik hero die hensem.. sedap juga mata ini memandang.. Bak kata ST12, mata ini indah melihat mu..hehhehe.. :)
Thursday, June 23, 2011
Friday, May 27, 2011
Saat ku Pejamkan Mata...
Tika ku putus harapan kau ke depan
Tika ku jatuh tersungkur kau bangunkan
Ku bersyukur kerana dikau ada
Kau buat hidup daku sempurna
Tika ramai yang membenci ku kau sayangi
Tika ramai yang memuji kau mengerti
Masa ku bukan hanya milik kita
Tetapi untuk dikongsi semua
( 1 )
Andainya kau tiada aku kan parah
Kehilangan arah dan hancur rebah
Kaulah segalanya makna kehidupanku
Oh tuhanku tolonglah beriku restu
Ku dalam pelukannya di saat itu
Saat daku dipejamkan mataku
Kau beri ku kekuatan bila tertekan
Beri yang ku perlu dan cintamu
Aku yakin akulah jejaka
Yang paling bertuah di dunia
( ulang 1 )
Semoga dia bersama
Saat daku pejamkan mata
Saat daku pejamkan mataku
Oh Tuhanku biarlah dia di situ
Oh Tuhanku biarlah dia di situ
Menemani diriku
Saat daku pejamkan mataku
Diriku ingin bersama ke akhirnya
Dan bila daku melamar katalah iya
Hanya itu saja ingin ku dengar
Ku kan ikhtiar terbaiknya untukmu
Tika ku jatuh tersungkur kau bangunkan
Ku bersyukur kerana dikau ada
Kau buat hidup daku sempurna
Tika ramai yang membenci ku kau sayangi
Tika ramai yang memuji kau mengerti
Masa ku bukan hanya milik kita
Tetapi untuk dikongsi semua
( 1 )
Andainya kau tiada aku kan parah
Kehilangan arah dan hancur rebah
Kaulah segalanya makna kehidupanku
Oh tuhanku tolonglah beriku restu
Ku dalam pelukannya di saat itu
Saat daku dipejamkan mataku
Kau beri ku kekuatan bila tertekan
Beri yang ku perlu dan cintamu
Aku yakin akulah jejaka
Yang paling bertuah di dunia
( ulang 1 )
Semoga dia bersama
Saat daku pejamkan mata
Saat daku pejamkan mataku
Oh Tuhanku biarlah dia di situ
Oh Tuhanku biarlah dia di situ
Menemani diriku
Saat daku pejamkan mataku
Diriku ingin bersama ke akhirnya
Dan bila daku melamar katalah iya
Hanya itu saja ingin ku dengar
Ku kan ikhtiar terbaiknya untukmu
Sunday, May 22, 2011
Jom Layan...
TENTANG PERASAAN KU
aku takkan lelah menunggu
hingga waktu ajal menjemputku
takkan pernah sesalku untuk menunggumu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
aku harus tetap menunggu
hingga nanti aku berbaring
sampai mati aku akan tetap menunggumu
reff:
ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
ingin ku bagikan semua hanya untukmu
agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu
ku ingin kau tahu tentang perasaanku
ku ingin kau tahu besar cinta padamu
ingin ku berikan sisa waktuku
dan sisa hidupku sampai mati
aku harus tetap menunggu
hingga nanti aku berbaring
sampai mati aku akan tetap
akan tetap menunggumu
repeat reff
ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
ingin ku bagikan semua hanya untukmu
agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu
Source: http://liriklaguindonesia.net/i/irwansyah/irwansyah-tentang-perasaanku/#ixzz1N8Xs7ELR

Thursday, March 10, 2011
SEDETIK LEBIH
SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Wednesday, March 9, 2011
Lirik Lagu Cinta Kristal
Sinar matamu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kristal
Kini aku terlontar ke dasar cintamu suci
Kini aku mengenal akan kepastian
Agungnya cintamu
Hangat membakar panas membara
Mentari cintaku ini jangan dipadamkan
Jika terpadam fanalah harapan
Kasih tunjukkan aku murni cintamu kasih
Biar aku ilhamkan akan kesucian
Kasih dan cintamu
Terus memancar terus membara
Jangan padamkan mentari cinta
Jangan padamkan demi cinta kristal
Bawa ku pulang ( 3X )
Tuesday, March 8, 2011
Don't Cry
Don't Cry
(Gun N Roses)
Talk to me softly
There's something in your eyes
Don't hang your head in sorrow
And please don't cry
I know how you feel inside I've
I've been there before
Something's changing inside you
And don't you know
Don't you cry tonight
I still love you baby
Don't you cry tonight
Don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry tonight
Give me a whisper
And give me a sigh
Give me a kiss before you tell me goodbye
Don't you take it so hard now
And please don't take it so bad
I'll still be thinking of you
And the times we had...baby
And don't you cry tonight
Don't you cry tonight
Don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry tonight
And please remember that I never lied
And please remember how I felt inside now honey
You got to make it your own way
But you'll be alright now sugar
You'll feel better tomorrow
Come the morning light now baby
And don't you cry tonight
And don't you cry tonight
And don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry
Don't you ever cry
Don't you cry tonight
Baby maybe someday
Don't you cry
Don't you ever cry
Don't you cry
Tonight
Sunday, February 27, 2011
Waktu afdal untuk bermohon padaNya
1. Malam Lailatul Qadar. 2. Ketika berada di Arafah spt firman Allah, “ sebaik-baik doa adlh pada hari Arafah.“(Riwayat muslim)
3. Bulan Ramadhan.
4. Malam Jumaat, hari jumaat, waktu jemaah berdiri utk menunaikan solat. Jumaat penghulu segala hari.
Sabda Rasulullah, ” bahawasanya pada malam jumaat, ada suatu ketika yg mustajab doanya.” (Riwayat Tarmizi.)
5. Waktu tengah malam. Sabda Rasulullah, spt riwayat Abi Umamah, dia bertanya Rasulullah,
” Ya Rasulullah, waktu bila doa diterima oleh Allah? jawab baginda, pada tengah malam dan akhir solat fardhu,”
6. Pada waktu 1/3 awal malam, sekitar jam 12 sehingga 2 atau 3 pagi.
7. Waktu sahur (1/3 akhir malam) . Ada dinyatakan bahawa ketika ini amat mustajab kerana Allah menurunkan malaikat rahmat setiap malam ke langit dunia ketika ini. Ketika ini jika berdoa, akan mudah makbul.
8. Berdoa ketika seruan azan.
9. Ketika suatu masyarakat sedang berdepan bala dan ada sebahagian yg lain mendoakan mereka agar terlepas daripada bala. Hal ini ada kena mengena dgn ukhuwah islamiah.
10. Antara waktu azan dan iqamat. Rasululah menyatakan , doa tdk akan ditolak ketika ini. Sahabat bertanya, apa yg harus didoakan. Lalu baginda ajar mereka supaya meminta kesejahteraan dan bahagia dunia akhirat.
11. Ketika berdepan dgn peperangan.
12. Akhir embahyang fardu ketika waktu. Selepas salam, digalakkan baca ayat kursi & mohon doa. Ayat kursi itu sendiri sudah menggambarkan keesaan Allah. Sabda Rasulullah, ” Pada waktu sujud, adalah waktu sedekat-dekat hamba dgn Allah. “
13. Ketika hujan turun dgn lebat. Hujan suatu hikmah pd manusia. Manusia tdk akan hidup tanpa air dan makanan. Maka waktu ini mmg makbul doanya.
1. Ketika Bersujud
Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
"Tempat yang paling dekatnya seorang hamba kepada Allah s.w.t adalah di saat dia sujud, maka perbanyaklah doa."
2. Antara Azan Dan Iqamah
Antara waktu terbaik untuk berdoa adalah di anatar azan dan iqamah. Sebaik-baiknya dalam keadaan berwuduk, kita amat disuruh untuk berdoa.
3. Pada Hari Jumaat
Jumaat merupakan penghulu segala hari. Malah dalam hadis Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu di mana seorang hamba muslim yang tengah bersolat, lalu memohon kepada Allah Taala sesuatu kecuali Allah akan memberikan permintaannya. Dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya,bahawa waktu tersebut sangat tepat."
4. Doa Orang Berpuasa Ketika Berbuka Puasa
Sesungguhnya doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak. Terutamanya ketika bulan Ramadhan. Fadilatnya berlipat ganda. Ini kerana selain beribadat kepadaNya, janganlah kita lupa memanjatkan doa sepanjang bulan tersebut. Namun jika kita berpuasa sunat sekali pun, kita masih boleh memanjatkan doa. Insya-Allah doa kita pasti diberkati.
5. Doa Orang Teraniaya, Musafir Dan Ibu Bapa Terhadap Anaknya
Allah sentiasa mendengar doa-doa orang yang teraniaya. Walaupun mereka diuji dengan kesulitan yang menimpa, tetapi jika mereka mengingati Allah dan berdoa supaya takdirnya berubah, Insya-Allah doanya dimakbulkan. Begitu juga dengan musafir dan doa dari ibu bapa terhadap anak-anaknya. Doa mereka pasti akan dimakbulkan.
6. Doa Ketika Peperangan
Di saat para pejuang sedang mempertahankan keamanan, waktu inilah yang sesuai untuk mereka memohon hajat dan berdoa kerana nescaya doa mereka diterima.
7. Di Saat Kesempitan
Allah Maha Pendengar, jadi apabila kita ditimpa kecemasan dan dilanda kemiskinan, berdoalah semoga hidup boleh berubah kepada yang lebih baik.
8. Di Saat Hujan Turun
Hujan itu rahmat. Mungkin disebabkan itu kita diharuskan berdoa ketika itu.

WAKTU AFDAL BERDOA

Subscribe to:
Comments (Atom)